Kamis, 02 Mei 2013


Apa itu iOS, Android, Windows Mobile, Windows Phone, Symbian & RIM?

Assalamualaikum wbt, mungkin ramai yang pernah dengar tentang iOS, Android, windows mobile, windows phone & RIM tetapi tidak mengenalinya dengan baik. Saya selalu juga bertanya kpd pemilik-pemilik enset yang berteknologi tinggi, tetapi hakikatnya mereka gunakan henset mereka tanpa tahu apa spec bagi henset mereka. Lebih sedih lagi bila tgk mereka yang guna iphone tak tahu apa itu iOS!!!Rata-rata ramai yang masih tidak tahu kehebatan henset mereka :)
iOS, Android, Windows Mobile & RIM adalah OS ( Operating System ) bagi telefon pintar ( smart phone ). Sebelum beli telefon pintar, anda perlu tahu sekurang-kurangnya spec henset anda. Jangan disebabkan semua orang cakap tentang Android, beli android. Cakap tentang iphone, beli iphone. Adalah sangat merugikan jika gunakan smart phone hanya untuk buat call dan SMS :) Yeah..utk eksyen..:P Tidak apa, penerangan dibawah akan sedikit sebanyak membantu anda dalam mengenali apa itu mobile operating system.
iOS
iOS (Apple’s Mobile Operating System) adalah operating system yang dikeluarkan oleh APPLE Inc. OS ini agak “racist” kerana ianya tidak boleh digunakan untuk telefon pintar lain. Ianya dicipta hanya untuk produk keluarkan APPLE. Jadi, jika anda beli HTC, Samsung, Nokia dan sebagainya, anda tidak boleh gunakan operating system iOS. APPLE menamakan iOS sebagai ” The World’s Most Advanced Mobile Operating System”. Dengan bermodalkan interface yang cun dan user-friendly, iOS sememangnya antara OS mobile yang agak pintar. Tapi kelemahan pada iOS keluaran APPLE ini adalah kebanyakkan application / software yang digunakan untuk iOS adalah BERBAYAR. Anda perlu membeli setiap application dalam Apple Apps Store. Yeah, bukan senang2 main crack jer atau jail break. Ingat!! Jailbreak will void your warranty!!!Iphone 5 akan dikeluarkan dengan menggunakan iOS 5!Sama-sama kita nantikan!
Android
Android! Mungkin anda boleh refer pada Apa Itu Android? Topic yang pernah saya post beberapa bulan yang lalu. Android adalah mobile operating system keluaran GOOGLE Inc. Ianya adalah PERCUMA & berbentuk Open Source. Ada lebih daripada 200,000 application / software yang dikeluarkan untuk Android setakat 2011 dan majority adalah PERCUMA! Kebanyakkan telefon pintar ( smart phone ) yang dikeluarkan sekarang menggunakan Android sebagai operating system mereka. HTC, Samsung, Sony, LG & banyak lagi smartphone menggunakan Android! Kelebihannya adalah PERCUMA dan easy to distribute! Taklah “racist” mcm iOS :p
Symbian
Sistem symbian telah lebih 10 tahun dipasaran tetapi ramai juga yang masih tidak mengenali OS ini. Symbian adalah operating system bagi smartphone Nokia. Ianya tidak begitu relevan. Nokia juga kini hebat menggunakan windows mobile sebagai operating system smart phone mereka. Jika dulu, symbian adalah antara operating system yang sangat pintar digunakan oleh Nokia.  Anda pernah gunakan phone nokia “daun”, 6630, N95 dan sebagainya. Yaa..itulah symbian OS :D Sekarang Nokia dan gunakan Windows Mobile 7.
RIM
RIM bermaksud (Research In Motion) digunakan oleh Blackberry. Hanya satu sahaja kehebatan RIM iaitu OS ini support Blackberry messenger atau lebih dikenali sebagai BBM. Blackberry messenger digunakan untuk hantar dan terima Instant Message melalui black berry PIN. Apa yang hebat? Bagi saya, ianya sesuai digunakan oleh corporates disebabkan OS ni banyak support management applications. Apa yang buat blackberry popular? Ianya telah digunakan oleh Presiden Barack Obama semasa berkempen di US dahulu.
Windows Mobile
Bila sebut sahaja Windows, ramai yang dah tahu produk ini adalah keluarkan Microsoft. Ramai yang berminat dengan windows mobile disebabkan banyak application yang digunakan untuk phone ni dapat berhubung dengan PC yang menggunakan Microsoft Windows. Windows mobile pertama digunakan untuk Pocket PC 2000. Kebanyakkan windows mobile ni gunakan stylus. Ramai yang menggunakannya disebabkan ianya agak sama dengan PC Operating System (yg gunakan microsoft windows) . Ada Microsoft word, powerpoint, excel dan sebagainya. Version yang terakhir digunakan adalah version 6.55 pada Januari 2011. Zaman kegemilangan Windows Mobile telah berakhir dengan 6.5 disebabkan microsoft tak beri upgrade ke windows 7/8. Microsoft juga dah “tutup kedai windows mobile“, “buka kedai windows phone“.
Windows Phone
Windows phone dikeluaran oleh Microsoft. Microsoft cuba bersaing dengan iOS & android untuk menepati kehendak pengguna. Walaupun zaman kegemilangan Microsoft dilihat hampir tamat dengan Windows Phone 7, mereka masih cuba bersaing. Demo Windows phone 8 dilihat agak mantap dengan beberapa features baru yang dikeluarkan. Ianya akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Jadi kepada yang plan nak beli smartphone, pastikan anda tahu OS yang anda nak gunakan. Lebih syok lagi jika anda dapat gunakan smartphone anda dengan betul2 “smart”. Ada banyak sangat application untuk anda explore. Takat nak guna phone hanya untuk call & sms, baik guna 3310…SMART PHONE bukan dicipta untuk call, sms & facebook. Ada banyak lagi apps jika digunakan dapat memudahkan kerja harian anda!Semoga berjaya!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar